Rabu, 23 September 2015

Aku Bernama Niqab

Nama aku , niqab.
Atau aku lebih dikenali sebagai purdah (yang tinggal dua bijik mata) bagi kebanyakan orang. Kadang2 orang panggil 'ninja' kepada yang memakai aku. Aku berasal daripada sehelai kain, yang pada mulanya dihasilkan di kilang. Kemudian, ramai manusia yang menggunakan kain itu untuk membuat pelbagai jenis pakaian, dan salah satu nya adalah aku. Mereka ambik sehelai kain itu lalu dipotong dan dijahit kemas sehingga terbentuknya segi empat tepat dan aku juga mempunyai dua utas tali di kiri dan kanan. Dan, mereka menamakan aku , niqab (bagi negara arab) atau purdah (bagi negara malaysia). Niqab atau purdah, sebenarnya benda yang sama, cuma nama sahaja yang berbeza. Aku juga mempunyai pelbagai jenis bentuk yang direka oleh manusia, antaranya niqab separuh (yg nampak dahi), niqab penuh (nampak 2 biji mata shja) , purdah 2 lapis, purdah 3 lapis , dan banyak lagi.

Apatah lagi sekarang zaman dah maju, maka manusia kini telah mula mencipta pelbagai warna dan hiasan pada badan aku. Itu lah manusia, ada sahaja idea yang ingin direalisasikan, tapi kadang2 TIDAK KENA PADA TEMPAT! *Luu pikir laa sendiri
Nak dijadikan cerita, apabila aku telah siap dijahit dan dikemaskan, maka adalah segelintir manusia yang menjual aku, malah mereka yang bernama muslimah juga mula belajar memakai aku. Aku diikat pada wajah mereka. Kadang aku terfikir, mereka berasa tidak lemaskah? Aku hanya membiarkan persoalan itu berlegar2, dan pasrah diperlakukan sedemikian. *Sob3 :'(

Pada suatu hari, sebelum si muslimah keluar daripada rumahnya pada waktu pagi, beliau terlebih dahulu memakai aku, kemudian disarungkan sehelai kain juga (ehhh geng aku laaa!! :D :p). Lalu, aku menegur kepada si kain itu, "hai , assalamualaikum. Salam perkenalan. Aku bernama niqab atau purdah, terserah kepada kamu ingin memanggil yang mana satu. Aku kain baharu di sini, semoga kita dapat bersahabat ya! ^_^".. Begitu panjang lebar aku menemu ramah. Kemudian, si kain itu membalas, "waalaikumsalam Ya Niqab! Aku juga berasa gembira kerana kami mempunyai secebis lagi kain (sahabat) baharu pada si muslimah ini. Aku bernama tudung labuh , dan perkenalkan, yang berada pada tangan itu bernama stongan, yang tersarung molek pada tubuh si muslimah ini bernama baju jubah, dan yang berada di kaki itu bernama stokin."  Amboi!! Bukan main panjang lebar ya si tudung labuh memperkenalkan sahabat2 nya. Lalu aku membalas sambil tersenyum, "selamat berkenalan ya semua!" Si baju jubah, stongan dan stokin menempik teruja kerana hadirnya aku di sini sebagai sahabat mereka.

Dalam kami sedang rancak berbual-bual antara satu sama lain, tiba2 si tudung labuh berkata, "alhamdulillah, nampaknya si muslimah ini sedikit sebanyak telah berubah sejak hadirnya kamu wahai niqab." Aku terlopong dan hanya mendiamkan diri mendengar si tudung labuh berkata sedemikian. Tanpa membuang masa, aku memerhatikan si muslimah ini. Aku melihat beliau sedang tertunduk sambil berjalan ke destinasi yang aku sendiri tidak tahu. Tidak lama selepas itu, aku melihat terdapat beberapa manusia yang aku rasa berlainan jenis sedang merenung ke arah si muslimah ini. Tiba2, terdengar beliau berbisik, "alahai, mengapa lah mereka berkumpul di situ, aku yang ingin melalui jalan inipun berasa segan untuk berjalan di hadapan mereka". Aku terkebil - kebil pabila mendengarkan beliau berkata begitu. Dapat aku saksikan di hadapan mata aku sendiri, mereka yang berkumpul di situ tidak henti2 memandang ke atas ke bawah pada diri si muslimah ini apabila beliau melalui di hadapan mereka. Aku berasa sakit hati kerana manusia2 tadi tidak menundukkan pandangan walhal si muslimah ini telahpun sedaya upaya menutup seluruh auratnya dengan sempurna.

Kemudian, si stokin berkata, "wahai niqab, kalau kamu ingin tahu, sebenarnya si muslimah ini pada dahulunya seorang yang tidak menutup aurat, malah kami semua juga kain baharu di sini. Beliau telah membeli kami pada beberapa bulan yang lepas. Beliau seorang yang sangat cantik, dan sering bertukar2 'boyfriend' pada ketika dahulu. Boleh dikatakan, hampir semua lelaki di institusi sini jatuh suka terhadap beliau. Dan alhamdulillah, Allah masih sayangkan beliau. Allah telah menghantar hidayah melalui seorang niqabis yang sama bidang dengan beliau. Si niqabis itu lah yang menegur si muslimah ini tanpa rasa putus asa. Dan kini, kita telah bertemu dan menjadi sahabat kerana si muslimah ini. Maka, kita bertanggungjawab untuk melindungi beliau daripada pandangan liar sang ajnabi." Aku dan sahabat2 yang lain mendengar dengan fokus kata2 panjang lebar si stokin itu. Ya, aku sedar, aku dan sahabat2 yang lain mempunyai amanah besar yang harus dilaksanakan.

Aku dilahirkan bukan secara suka2. Aku direka oleh manusia kerana satu pekerjaan yang perlu dilakukan. Aku berasa semangat. Timbul satu azam baru dalam diriku, bahawa aku ingin melindungi diri si muslimah kerana Allah Taala. Dan harapan aku serta sahabat2 yang lain, semoga beliau terus tabah menghadapi ujian kritikan daripada manusia dan sentiasa kuat untuk istiqamah dalam melakukan perubahan kerana-Nya. Namun, lamunan aku tiba2 terbang apabila mendengar suara beberapa orang manusia. Di sini dapat aku lihat, terpancar kegembiraan pada wajah beliau yang terselindung di sebalik tubuhku apabila dapat bertemu dengan seorang muslimah yang turut memakai aku. Aku berasa teruja kerana dapat bertemu dengan geng aku. Haha.. Mereka berdua berpelukan erat antara satu sama lain. Tiba2 si baju labuh berkata sambil tersenyum girang, "itu lah si niqabis yang berusaha mengajak si muslimah ini kembali pada jalan yang benar".

Aku hanya mengangguk-angguk mengiyakan kata2 si baju labuh. Mereka kelihatan sangat mesra. Aku memandang si niqabis itu. Secara tiba2, beliau merenung tajam terhadap aku. Aku berasa gugup dan tidak keruan. Timbul seribu satu persoalan akan sikapnya itu. Aku cepat2 bertanya kepada para sahabat, "wahai temanku! Adakah kelihatan sesuatu yang pelik pada diriku? Mengapakah si niqabis itu memandang sebegitu terhadap aku?" Namun hampa. Mereka diam tak berkutik. Aku hanya tertunduk memandang lantai. Keberanian aku entah hilang ke mana. Si niqabis itu kelihatan masih merenung terhadap aku. Terdetik di hatiku, "mungkin sebab aku cantik kot, secantik si pemakai diriku". Haha.. Dalam rasa ketidakkeruan, masih sempat lagi aku memuji diri sendiri. Kelihatan si muslimah ini juga diam tidak berkata apa2. Aku berasa hairan mengapa semua orang bersikap sedemikian. Adakah ianya salahku?

"Adik serius ke ni nak pakai secebis kain kat muka tu?" kedengaran suara si niqabis menyoal sambil matanya memerhati aku. Aku tertunduk sekali lagi. Pelik. Takut. Gelisah. Perasaan bercampur gaul. Kemudian, si muslimah menarik tangan si niqabis untuk duduk di bawah sepohon pokok yang rendang. Tenang suaranya menjawab, "adik serius, akak. Adik dah fikir masak2. Adik memang teringin nak memakai niqab sejak dahulu lagi, tetapi akibat kejahilan ilmu agama pada ketika dahulu membenamkan niat suci itu sejak sekian lama." Kembang hidungku apabila mendengar kata2 beliau. Almaklumlah, wanita mana yang tidak pernah terdetik untuk memakai aku kan? Namun cepat2 aku beristighfar apabila menyedari bahawa sifat riak telah muncul di hatiku. Mata si niqabis kelihatan sepet, mungkin sedang tersenyum bahagia. Secara spontan beliau memeluk si muslimah. "Alhamdulillah, akak rasa happy sangat sebab adik berusaha untuk berubah menjadi wanita solehah. Tahniah akak ucapkan! Tapi sebelum tu, teringin akak nak bertanya, adik dah mencari serba sedikit maklumat ke pasal niqab ni? Contohnya pasal hukum, etika pemakaian niqab, dan banyak lagi lah."

Si muslimah menggenggam erat tangan si niqabis, "alhamdulillah, pasal tu akak jangan risau. Adik dah search betul2 pasal niqab. Adik tahu, banyak perkara yang perlu dijaga apabila dah start pakai pemakaian sunnah ni." Tenang beliau menjawab sambil menyandarkan kepalanya di bahu kakak angkatnya. "Manja jugak rupanya si muslimah ni!" bisik aku secara senyap2. "Bagus lah kalau begitu. Lega akak dengar. Harapnya adik akak yang comel cun melecun ni dapat istiqamah mengekalkan pemakaian ni. Bukan apa dik, akak takut kalau adik jadi macam sesetengah niqabis kat luar sana tu." Luah si niqabis itu sambil tangannya mengusap perlahan kedua2 tangan si muslimah. Beliau cuba membetulkan duduknya yang mula terasa lenguh. "Kenapa akak cakap macam tu?" soal si muslimah kehairanan. Aku dan para sahabat yang lain hanya diam mendengar perbualan dua beradik angkat ini. Namun, si niqabis itu memegang aku secara tiba2. Hampir menjerit aku dibuatnya. Stongan, baju labuh dan stokin galak ketawa melihat sikap aku. Aku hanya mempamerkan 'wajah' masam sebagai tanda merajuk.

"Cuba adik beritahu, apa fungsi niqab yang adik pakai ni?" soal si niqabis itu dengan serius. Si muslimah mula mencari jawapan di benak fikirannya. "Niqab ni untuk menghijabkan wajah lah kak. Bila orang tak tahu wajah sebenar kita, jadi orang kat luar sana terutama lelaki tak jadi nak ganggu si pemakai niqab." Lancar si muslimah itu berkata2. Beliau tersenyum lega kerana dapat menjawab soalan kakak angkatnya tadi. Si niqabis itu telah melepaskan aku. Akhirnya dapat jugak aku menarik nafas lega. Aku memerhatikan si niqabis. Kelihatan seperti ada sesuatu yang ingin dia katakan. "Kenapa akak tanya macam tu tadi?" soal si muslimah yang mula berasa pelik akan sikap serius kakaknya. Aku masih terus sabar mendengar perbualan mereka. "Akak rasa sedih sebenarnya." ujar si niqabis itu. Aku juga mula berasa hairan. "Sedih???" soal si muslimah itu dengan dahinya yang berkerut seribu. "Ya.. Sedih, sebab akak tengok sekarang ni ada segelintir niqabis yang tak tahu erti sebenar pemakaian niqab ni. Niqab atau purdah dipakai kerana ingin mengelakkan diri daripada menjadi fitnah, kerana ingin menutup perhatian ke atas diri mereka. Tapi sekarang, dah makin ramai niqabis yang mula hilang rasa malu. Kalau adik tengok, dah berlambak gambar niqabis kat internet. Apa tujuan mereka nak upload gambar diri mereka ? Nak beritahu satu dunia yang dia seorang wanita solehah? Ataupun mereka sebenarnya masih ingin mencari perhatian terutama daripada sang ajnabi? Astaghfirullahal'azim.. Kalau begitu, sebaiknya buka sahaja niqab tu kerana nanti niqabis yang betul2 menjaga diri mereka pula yang mendapat tempias. Kesian mereka. Sebab tu akak nak pesan kat adik, pemakaian niqab ni dah elok. Tapi kalau boleh biar lah perangai, tingkah laku kita seindah pakaian sunnah ni. Apabila pakai niqab, jangan dibuang rasa malu. Kalau tidak, kisah macam tadi lah yang berlaku. Bagi akak, perempuan yang tidak memakai niqab yang mempunyai rasa malu & menjaga dirinya dengan baik adalah BERGANDA LEBIH BAIK daripada perempuan berniqab tapi sering menonjolkan dirinya di alam maya mahupun alam realiti." Luahan kakak angkatnya itu mula membuka mata hati si muslimah itu.

"Terima kasih kak sebab menegur adik yang masih jahil. In syaa Allah, adik akan berusaha untuk menjadi seorang niqabis yang pemalu.. Sebab malu dan iman itu bergandingan, kalau salah satunya hilang, maka hancur lah kesemuanya." kata si muslimah itu. Aku dan sahabat yang lain tersenyum. Lega apabila ada orang yang sudi menegur kesilapan si muslimah itu. Entah kenapa, aku mula sayangkan si muslimah. Mungkin kerana melihat kesungguhannya untuk berubah ke arah kebaikan semata2 kerana-Nya. Semoga Allah memberikan kekuatan kepadanya dan memberikan taufik hidayah kepada para muslimah di luar sana agar tersedar daripada kelekaan melakukan kesilapan. "Akak!!! Jom kita pi makan. Laparlah.. Dah tengah hari ni. Patut lah perut asyik bernyanyi macam2 lagu dari tadi lagi. Dan... " si muslimah sengaja memberhentikan kata2 nya. "Dan apa??" soal si niqabis dengan matanya yang mengecil memandang adik angkatnya. "Dan akak kena belanja adik makan!! Haha.." usik si muslimah kepada kakak angkat kesayangannya. "Amboii.. Akak pulak yang kena belanja? Boleh je tapi adik kena basuh pinggan mangkuk lah nampaknya tau kat belakang kedai .. Lepas tu, akak cepat2 lari, biar adik sorang je yang kena basuh pinggan.. Hahaha.. " Usikan dibalas usikan. Pipinya adiknya itu dicubit. Mujur lah aku ada sebagai penyelamat khas untuk si muslimah !!!


p/s: niqabis juga seorang manusia. Manusia takkan pernah sempurna. Kita semua pendosa tanpa noktah. Janganlah kamu memandang serong terhadap niqabis jika mereka melakukan kesalahan, tapi tegur lah mereka secara berhikmah. Semoga Allah memudahkan urusan kita semua. Amin.

Jumaat, 11 September 2015

Cara - cara untuk membuat blog

Assalamualaikum wahai pembaca blog sekalian. Agak lama juga aku menyepikan diri untuk meng'update' blog. Alhamdulillah, hari ini dan saat kini, Allah masih mengizinkan aku untuk bernafas di atas muka bumi milik-Nya. Maaf dipinta kerana perjanjian pada entri yang lepas agak lewat untuk ditunaikan. Terima kasih untuk sahabat aku yang sentiasa menyokong & memberi kata perangsang agar aku tidak mudah putus asa untuk terus berkarya, walaupun karya aku hanya biase2 macam ABC. Yeahh ! 

Jadi, macam yang korang lihat tajuk kat atas tu, maka itu lah yang ingin ku tunaikan pada hari ini. Cara - cara untuk membuat blog! Tetapi sebelum tu, ingin hatiku bertanya kepada kalian. Apakah tujuan sebenar kalian untuk membuat blog? Haaa.. Jawab2 ! >_< Ok3, macam ni. Aku tak kisah ape pun tujuan korang, asalkan blog yang bakal anda miliki sebentar lagi diisi dengan perkara yang bermanfaat. Sekarang kemudahan dah ada macam2, jadi korang gunakanlah untuk kebaikan diri sendiri. Jangan rosakkan hati korang hanya disebabkan mencari perkara yang bukan2. Okeh gais ? Let's start now baby ! 


1) Taip 'account google' 


2) Klik 'google'




3) Korang isi je. Tapi pastikan korang:
•buat nama pengguna , ade huruf & nombor, kalau salah satunye tak de, maka tak menjadi. 
Contoh: IHaveAllah99
(tak perlu tulis '@gmail.com' , tapi kalau nak LOG IN wajib tulis penuh) 
•WAJIB ade email semasa
•baca syarat perkhidmatan & dasar privasi , kemudian tanda tick
Jadi lepas selesai semuanye, korang boleh klik 'teruskan'


4) Klik 'bermula'


5) Alhamdulillah, akhirnya korang dah ada account google. Tinggal log in and edit blog je lagi. Jom teruskan!


6) Taip 'blogger' dan klik kat tempat anak panah tu >_<



7) Isi email dan password korang 
email - letak nama pengguna tadi
password - letak password yang korang buat kat account google 


8) Pilih 'profil blogger terhad'


9) Isi nama paparan dan klik 'teruskan ke blogger'!!!


10) Klik 'blog baru' :D 


11) Isi tajuk, alamat (link blog), dan pilih templat !! Klik 'buat blog' !!! Yeayy... Alhamdulillah, akhirnya korang dah ada blog dan boleh start menulis.

Sebelum aku terlupe, cara 1-5 tuh bagi sape2 yang masih belum ade account google. Tapi kalau korang dah ade, jadi korang boleh start terus dengan cara 6-11. Ape2 pun , semoga bermanfaat untuk diluar sana yang teringin mempunyai blog sendiri. Good luck! In syaa Allah, senang je nak buat as simple as ABC ! ^_^ Menulis lah teman2, asalkan ia memberi manfaat untuk kepada si pembaca. Sehingga bertemu lagi di lain entri, assalamualaikum. 

Jaga diri, jaga iman, jaga hati. <3   








Ahad, 16 Ogos 2015

Sampaikanlah walau 1 ayat !

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hari ni dapat jugak aku tolong sorang sahabat aku untuk membuatkannya sebuah blog yang diidam-idamkannya sejak mase sekolah rendah lagi. Do you believe it? Now kami dah form 4. Haha.. Betapa gembiranya tak terkata yang aku rasakan apabila melihat wajahnya yang manis tersenyum ceria apabila hajatnya yang telah dipendam sejak sekian lama akhirnya dapat jugak direalisasikan  hari ni. ^_^ 

Jika dibandingkan dengan jasanya & sahabat2 aku yang lain, apalah sangat bantuan aku ni. Ibarat separas hujung kuku je. Selama ni diorang lah yang paling banyak bantu aku waktu aku susah mahupun senang. Dan yang aku rasa bersyukur sangat2 sebab semua kawan2 & sahabat2 aku terlalu memahami keadaan aku yang tidak serupa macam orang lain. Alhamdulillah, itu lah salah satu nikmat yang Allah pinjamkan kepada aku. 

In syaa Allah, akan ku coret kan cara2 nak buat blog pada entri yang akan datang. Biarlah , dengar macam simple tapi manalah tahu dapat tolong sape2 kat luar sana yang masih terkial-kial tak tahu cara nak buat blog (macam kawan aku ni hehe..). Sampaikanlah ilmu walaupun satu ayat okeh! <3 

Gud night guys & wassalam ... <3 

Sabtu, 15 Ogos 2015

Tetap Menjadi Sahabat Untuk Semua Orang !

Hai assalamualaikum korang semua !! :D 
And good evening .. :) 


Korang sihat tak hari ni? Harap2 korang yang tengah baca coretan ambo ni sihat2 belaka .. Amin! ;) 

Nampaknya, hari ni adalah hari terakhir bulan syawal, iaitu 30 syawal.. Korang dah selesai tak puasa enam? ^_^ Kepada sape2 yang belum atau tak sempat nak selesaikan puasa enam, in syaa Allah kita boleh cuba pulak nanti tahun depan jika Allah masih mengizinkannya. :) 

Haaa... 
Hari ni hari Sabtu kan ? Korang ada pi mane2 tak hari ni dengan keluarga @ sahabat tersayang? Walau apa2 pun , korang kena jaga diri hang baik2. Aku tahu, korang yang tengah baca coretan aku nie semuanya besaq2 belaka, dah tahu apa yang baik & apa yang tidak baik untuk diri sendiri ok ? ;) 

Hmmm.. Pasal diri aku pulak, aku baru je balik dari rumah kawan aku. Dia buat rumah terbuka hari ni. Kesian jugak rasa apabila melihat keadaan rumah beliau yang usang. Tapi aku happy & bersyukur sangat sebab dapat kawan macam dia. Dia seorang yang selamba dan suka buat orang sekeliling geli hati dengan kata2 & tingkah laku dia. 

Kalau korang nak tahu, aku ada BANYAKKKK sangat kawan2.. Hehe... (Terlebih lh pulak aku nie :p) Kawan sekelas, kawan lama, kawan satu sekolah, kawan sekolah lama, kawan dalam alam maya, KAWAN SATU GENG dan banyak lagi. Korang mesti ada ramai kawan @ sahabat kan? Ehhh jap3!! Nape ehh yang 'kawan satu geng' tu aku buat huruf besar tapi yang lain aku buat huruf kecik je???? :o hehe.. In syaa Allah yang pasal tuh korang jangan risau, nanti aku citer nape aku buat macam tu. ;) 

Korang mesti pernah dengar kan, maksud perbezaan antara 'kawan' dengan 'sahabat'? Meh sini aku terangkan kepada sape2 yang belum tahu lagi. 
Sahabat - orang yang sentiasa ada di sisi & selalu tolong kita waktu kita senang & SUSAH
Kawan - orang yang berkawan dengan kita waktu kita senang je

So dah jelaskan? Jadi apa kaitan dengan aku ehh? :p 
Tak de ape2 pun sebenarnya, cuma nak beritahu, dalam banyakkkk2 kawan aku tu, memang akan ada "kawan" dan "sahabat". :D Tapi ada aku kisah ke? Bagi aku sebenarnya, biarlah "kawan" jadi kawan aku waktu aku senang. But aku akan jadi sahabat kepada "kawan" & "sahabat" aku. Cehhh... Hahaha.. (Sorry kalau korang rase ayat aku nie boleh buat korang muntah :p)

Kat sini aku nak tekankan, biarlah kita berkawan dengan beribu ribu orang, tapi jangan sesekali mencari musuh. Even diorang tiada waktu kita susah, kita doakan agar kita tak menjadi macam diorang, dan agar kita dapat menjadi sahabat kepada semua orang. <3 Sebab tu, dalam persahabatan ni, KEIKHLASAN & KASIH SAYANG yang paling penting sekali. Biarlah andai satu hari nanti diorang menyakiti kita, tapi kita tetap teguh dan sentiasa memaafkan diorang sebab kita sentiasa menyayangi kawan dan sahabat kita. (Barulah romantik, khas utk kawan & sahabat kita, bukan utk pasangan suami isteri je tau) ;) 

Oklah, nampaknya aku dah membebel panjang dan korang mesti dah menguap baca coretan aku nie.. Haha.. (Tak de yang lucu pun, krik krik krik) Jaga tau diri korang baik2.. Thank you sebab sudi membaca bisikan sang hati ini.

Wassalam. <3 

Khamis, 23 Julai 2015

Selamat datang Syawal !

Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera korang semua ! 



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi sebab akhirnya kita semua dapat menempuh bulan Ramadhan dengan jayanya ! 


Saya nak ucapkan selamat hari raya kat korang walaupun hari ni dah masuk 7 Syawal. Haha .. Bukan apa, tak de masa nak bukak blog bila dah tiba hari raya. Kena lah tolong mak kat dapur sediakan hidangan untuk para tetamu kan? Tapi saya sebaliknya ... 


Kisahnya ...
Biarlah saya dengan Allah je yang tahu. Hehehe ... Apa-apa pun, saya nak minta maaf  dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada tetamu blog saya jika ada terkasar bahasa yang menyinggung perasaan korang. (smile ^_^) 


Dalam happy2 nak beraya ni, korang kena lah jaga diri baik2 ok! Sekarang ni banyak berita pasal budak terputus jari apa semua tu akibat main mercun ! Nak main tuh boleh, tapi biarlah main mercun yang tak membahayakan diri sendiri dan orang lain  :) (fikir fikir lah sendiri :p ) 


Ohh ye... Kalau mampu, korang amat digalakkan puasa enam pada bulan Syawal ini. Rugi kalau tak buat! R.U.G.I ! Amat besar ganjarannya yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Bagi kaum hawa, boleh lah kalau nak sekalikan puasa qada dengan puasa enam di bulan syawal ini. Tapi yang paling penting sekali, buatlah sesuatu itu ikhlas kerana-Nya. ^_^ 


Oklah, kalau ada masa, akan ku coretkan lagi di muka blog ini. Selamat kembali ke sekolah dan ke tempat kerja ! 

Semangat ok!!! Chaiyokkk !! :D 

Rabu, 15 Julai 2015

Berubah Kerana-Nya Ok !


Assalamualaikum ..


Selamat pagi !! :D

Terasa bosan kan kalau tak de apa apa aktiviti yang boleh dilakukan .. Apatah lagi sekarang dah start dah cuti raya . Tinggal esok sehari je Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita semua tanpa berjanji untuk bertemu semula . Sob3 ... :'(

Haaa ..
Raya dah nak dekat . Mesti korang semua dah siap baju raya korang . Warna apa baju korang untuk tahun ni ? hehe .. Satu je yang aku nak pesan, dalam kita berseronok nak sambut hari raya, jangan sesekali melanggar perintah-Nya . Pastikan baju raya korang:
~ LABUH
~ TAK KETAT
~ KAIN TAK JARANG / NIPIS


Tudung pulak JANGAN SINGKAT ye cik kakak kakak adik adik yang ku sayangi sekalian . Apa salah nya kalau bermula tahun ni,  kita sama sama labuhkan sikit tudung kita. Tutup APA YANG SEPATUTNYA DITUTUP. Kita berubah slow slow . Kalau ada yang nak berubah secara drastik pun boleh (kalau aku tak mampu huhu..). Tapi yang penting, asalkan kita dapat ISTIQAMAH apa yang kita buat.  Sape sape yang dah terdetik kat hati nak berubah, JANGAN BERTANGGUH! Jom kita mulakan dari sekarang. Kita tak tahu bila kita akan dijemput oleh Ilahi. Nak berubah ni memang kita kena paksa diri kita. Kalau tak paksa, entah sampai bila nak berubah kan? Asyik bertangguh memanjang .. (bagi aku lah hehe)


Kalau tak mampu nak pakai handsocks , yang penting lengan baju korang mesti labuh sikit. Bukan apa, handsocks ni sebenarnya penyelamat khas untuk lengan kita. Kot2 kalau lengan baju korang terselak, jadi tak nampaklah aurat lengan korang sebab terlindung dengan handsocks. Pasal stokin pulak, sebaiknya DIPAKAI. Korang tahukan, aurat perempuan seluruh badan kecuali muka & tapak tangan? Wanita ni terlalu INDAH, sebab tu lah Allah suruh kaum Hawa menutup aurat supaya kita semua selamat daripada pandangan liar para ajnabi. Betapa sayangnya Allah kat kita kan kan kan? ;)


Aku faham perasaan korang semua. Aku pun macam tu jugak dulu. Tak ambik berat mana pasal aurat. Tapi aku tak tahu lah nape, bila aku tengok orang pakai handsocks stokin semua tu, aku tertanya. Best ke pakai? Aku pun tergerak hati pi beli kat kedai berhampiran. Mula2 tu aku just pi beli handsocks je. Pakai sekali, lepas tu tak pakai. Kadang2 pakai, kadang2 tak. Gitu lah citernye. Memang tak istiqamah langsung kan aku nie? haha .. maybe mase tu aku pakai just utk saje2, tak terdetik pun nak pakai buat selamanya. Lepas tu ada lah satu hari tu, aku tanya diri aku sendiri. Aku ni nak pakai ke tak handsocks sebenarnya?? Masa tu lah aku berazam, aku akan pakai handsocks tiap kali nak keluar pi mane2 pun. Wehh.. Bukan senang rupanya. Payah gilerr nak istiqamah even dah berazam pun. Tiap kali nak keluar, aku akan duk termenung merenung handsocks ku. Nak pakai ke? Seriously, memang rasa malas yang teramat nak pakai. Tapi apakan daya, aku paksa jugak diri aku untuk pakai. Tiap kali nak keluar, aku paksa diri aku untuk pakai, pakai dan pakai ...


Lepas aku rasa aku dah boleh istiqamah pakai handsocks, aku nak try pakai stokin. Aku sebenarnya BENCI PAKAI STOKIN. Entah laa, aku malas gilerr nak pakai stokin. Aku lagi suka just saut je kaki kat selipar and jalan. Tapi tu la, nak buat macam mana. Allah dah cakap yang kaki perempuan adalah aurat. So, aku pun nak tak nak pakai je lah stokin. Sekali lagi, aku pi kedai yang berhampiran dengan abah aku untuk beli stokin. Maka bermula lah kisah aku dan stokin. hehe ... Sama je macam tadi, payah giler nak istiqamah. Kejap pakai, kejap tak, kejap pakai, kejap tak. Tapi kan, entah lah kenapa dan mengapa, lepas lama2 pakai stokin, aku dah JATUH CINTA kat stokin. Kalau aku keluar dari rumah tanpa stokin, ya Allah.. aku rasa macam ada something wrong kat kaki aku. Rasa macam kaki aku terlalu terbuka untuk dilihat kepada orang lain. Yeah, bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.


Memang diakui, mula2 kita pakai, kita rasa pelik, tak selesa.  Tapi percaya lah kata2 ku, bila korang paksa diri korang untuk tutup aurat, lama lama korang akan rasa selesa dan bahagia dengan pakaianmu itu. Believe me. ;) Sama2 kita doa , semoga kita diberi kekuatan untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan semata-mata kerana-Nya. <3


Sebelum tiba ke penutup kata, ingin ku ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya. Jangan main mercun tau, bahaya. Hati2 kepada korang yang memandu pulang ke kampung, semoga tiba dengan selamat ke destinasi masing2. Biar lambat asalkan selamat.

Wassalam. <3 

Selasa, 17 Februari 2015

Indahnya Bersahabat

Akhirnya, 
Tiba jualah masanya,
Moga tiada lagi rintangan, 
Sokongan dan kata semangat dari mu wahai sahabat, 
Akan ku semat dalam hati, 
Tanpa mu,
dunia ini tiada makna,
hari - hari ku penuh warna warni bak pelangi,
dengan keletah dan kerenahmu,
bagi ku,
setiap dari kamu adalah unik & istimewa,
terima kasih untuk segala - galanya,
ku susun sepuluh jari,
memohon maaf atas kekasaran bahasa,
atau tingkah laku yang keterlaluan,
semoga persahabatan ini,
kekal selamanya ... 
Cute Blue Flying ButterflyCute Blue Flying Butterfly