Sabtu, 23 Januari 2016

Bye pengetua !

Assalamualaikum warahmatullah ~

Fuh !! Akhirnya dapat jugak hari ini aku mengupdate blog yang sejak sekian lama aku biarkan dengan sengaja. Hehe.. Bukan apa, tiap kali bukak blog, tetiba je otak , minda , hati , jiwa ragaku jadi kosong - sekosongnya. Terbang habis idea untuk ku coretkan satu dua kata di halaman ini. Oklah , sekarang ni pun aku tak tahu nak tulis apa. Korang ada idea ? Hee ... ~

Ok ok ok , kali ni terasa macam nak share dengan korang pasal rasa hatiku. Ceh ~~ Hmm, bila sebut pasal ni, aku teringat dengan mereka-mereka yang telah meninggalkan aku. I mean, bukannya tinggal sebab pergi menghadap-Nya, tapi sebab atas faktor tanggungjawab dan minat masing-masing, even memang kita semua pasti meninggalkan dunia ini satu hari nanti kan? Lebih kurang dalam minggu lepas, pengetua kat sekolah aku dah pergi tinggalkan aku & sahabat-sahabat sebab ditugaskan ke sekolah lain. Hurmm.. Korang mesti kata , 'alaaaa, pengetua je pun, bukannya kawan or sahabat kau pergi tinggalkan kau'. Memanglah, tapi kau tak tahu betapa aku sayangkan beliau macam ibu aku. Di saat kami semua mula bangun untuk melangkah, beliaulah yang sentiasa memimpin tangan kami supaya tak rebah berulang-kali, walaupun memang ada satu dua jatuh terpelanting ! Huuu...

It's ok lah, aku faham. Tapikan, kadang-kadang aku seolah-olah tak merelakan semua ini. Terasa ingin sangat untuk menghentikan putaran masa, supaya aku sentiasa setia di sisi sahabat & keluargaku! Almaklumlah, aku ni memang jenis yang cintakan kenangan *_* Maksud aku, aku suka mengimbau kenangan-kenangan lalu, even ada yang pahit. Entahlah, kadang-kadang bagi aku, semua kenangan itu manis, tak de satu pun yang pahit. Ceh ~ erm...

Maybe setakat ni je lah luahan rasa hatiku. Nak luah segala-galanya pun tak leh gak. >_< Lagipun pasni aku kena bersiap nak gi tuisyen, dah nak SPM tahun ni. Huwaaa !! Berdebar wehh.. Rasa tak puas lagi nak jadi budak-budak hingusan. Huh ... Oklah, daripada terus membebel, baik aku akhiri dengan wassalamualaikum warahmatullah~
Cute Blue Flying ButterflyCute Blue Flying Butterfly