Rabu, 1 Februari 2017

Cara Nak Buat Pelbagai Bentuk Font Kat Whatsapp

Assalamualaikum everyone ! 


Setelah beberapa hari yang lepas sis dah 'janji' untuk post segala that title , maka hari ni sis nak update pasal cara nak buat pelbagai bentuk font kat whatsapp. Eh eh apasal hari ni nak ber'sis' 'sis' pulak haha ! Ok², cakap aku kau je lah, mudah sikit, lagipun rasa 'mesra' kan? 😆 Tapi aku minta maaf sebab title ni tak de dalam banyak-banyak title yang aku post kan hari tu. Ikut aku lah, blog aku hahaha. 😎 
*Sabar-sabar, nanti akan daku post kan jugak*


Aku tahu, mungkin majoriti masyarakat dah tahu pasal cara ni. But who care bebeh? Nampak mudah, tapi sebenarnya masih ada lagi yang tak tahu. Ye, ada lagi yang tak tahu. Orang tu adalah aku ! Terima kasih banyak-banyak kat ex-classmate aku sebab dialah yang ajar aku cara-cara nih. Bak kata idola aku, Kak Nurul Hassanah, it's better to late than never ! 


Ok , let we start ! Sebelum nak bagitau cara dia, cara ni HANYA MENJADI untuk whatsapp yang dah diupdate okeh. So make sure update dulu. Then boleh lah buat font-font cantik ni. Untuk yang latest (2016), ada 3 jenis font yang boleh dibuat. 


1) TEBAL
Font di mana dia akan jadi tebal & hitam macam kat atas nih. Sesuai sangat digunakan kalau korang nak pembaca memberi tumpuan lebih kepada sesetengah ayat/perkataan yang penting. Korang just buat macam ni je, 
*tebal*
Make sure TAKDE JARAK !
Korang just tambahkan 'bintang' kat depan & belakang perkataan/ayat je ok? 
Next ! 


2) Garisan potong
Nape jadi lagi nih ?? Haha dah ok ! Yang ni pulak font yang ada garisan lurus kat tengah-tengah huruf/perkataan/ayat. Font yang jenis ni sesuai sangat kalau korang nak tulis sesuatu perkataan/ayat yang tak terlalu terserlah. Dalam erti kata lain, korang nak batalkan ayat tu but at the same time korang nak pembaca tahu ayat tu. Faham-faham sendiri lah ye nak. Kata dah besar tapi tak reti-reti nak faham tu dah kenapa? 😏 Hahaha , cara dia macam ni, 
~garisan potong~ 
Make sure TAK DE JARAK ! 
Korang just tambahkan yang garisan beralun kat depan & belakang perkataan/ayat ok? 


3) Font condong
Eh eh korang jangan keliru ye. Tulisan kat dalam blog ni memang dah condong. Tak sama kat whatsapp. Kalau kat whatsapp kan font dia just biasa-biasa. So kalau korang nak aura lain dari yang lain, korang boleh gunakan font condong ni. Font jenis ni jugak boleh digunakan semasa korang tengah jiwang-jiwang, contohnya kot-kot korang nak tulis puisi ke, sajak or pantun. Haaa memang sesuai sangat korang guna font ni. Cara dia, just taip 
_tulisan condong_
Make sure TAK DE JARAK ! 
Yang ni pulak korang kena letakkan 'underscore' kat depan & belakang perkataan/ayat. Ok? 


Ok, pengakuan jujur. Aku sendiri pun baru tahu pasal ni HAHAHA ! It's ok babe, yang penting kau faham & amalkan ecececeh. Setiap font ni sangat penting lagi-lagi kalau korang nak promote produk korang. Ingat, kekemasan ayat sangat mempengaruhi emosi prospek korang semasa diorang tengah baca ayat marketing. So good luck to all of you guys ! Semoga dapat sesuatu dalam entri ni.


-Assalamualaikum-
Cute Blue Flying ButterflyCute Blue Flying Butterfly