Sabtu, 11 Mac 2017

Luahan Detik-Detik Terakhir

Assalamualaikum guys ! :D 


Entah kenapa, dari semalam aku terdetik di hati untuk mencoretkan sedikit sebanyak memori di muka blogger pada malam ni. Ku akui, sejak kebelakangan ini aku dikuasai oleh emosi. Minda dan hati aku terlalu kuat mengimbas kenangan-kenangan lalu terutama masa zaman kanak-kanak dan zaman jiwa memberontak. Bila teringat semua tu, kadang ternitis jugaklah air mata ini mengenangkannya. Well, aku kan pencinta memori ;) 


Mungkin jugak semua ni disebabkan PMS huahuahua. Benda alah tu mesti menyerang segala saraf dan sel badan aku tiap kali birthday aku semakin mendekati, tidak kira pada bulan apa-apa pun. Orang gegirl ja paham bila PMS datang serang, kan kan kan? Memang habis satu hari tu dipenuhi dengan perasaan bad mood punyaa. Aku sendiri pun kadang tak faham apa mende yang aku tengah emo sangat HAHA


Ok-ok, lari tajuk nampaknya aku nih. Actually, aku just nak tinggalkan sepatah dua kata yang mana dapat aku kenang / imbas kembali bila aku dah tua selepas ni. tua dah rupanya aku ni huhuhu. Well memandangkan birthday aku pada pukul 12.01 am malam ni dah. Sedih weh, aku tak tahu kenapa. Mungkin aku dah nak tua muda. Banyak benda aku belajar sepanjang aku hidup selama ni. Dari baby, kanak-kanak, remaja and nak cukup umur dah. Aku masih tak percaya yang aku dah besar. besarlah sangat


Masa zaman kanak-kanak, dunia aku hanya family dan girls SAHAJA. Aku jadi macam tu sebab kenangan yang tersangat pahit yang terpaksa aku lalui menyebabkan aku menjadi seorang yang sangat fobia kepada makhluk lelaki. Yup, aku benci dengan kenangan tu. Tapi rupanya tanpa aku sedari, kenangan tu lah yang menyelamatkan aku daripada makhluk lelaki apabila aku dah menginjak alam remaja. You know what, aku bahagia sangat hidup dalam zaman kanak-kanak. Bukan tahu apa pun, tahu tidur, makan, main, tidur, makan, main, tidur, makan, main, ... (sila sambung sendiri ngeh ngeh). Andai ditakdirkan diambil oleh Dia pada masa tu, insya-Allah syurga miliknya. Bestkan jadi kanak-kanak. Sob sob.


Then zaman remaja, di sinilah aku mula belajar mengenai dunia. Aku mula belajar mengenai erti persahabatan, aku mula mengenali orang sekeliling, aku mula belajar mengenai tanggungjawab, aku mula belajar mengenai keikhlasan dan amanah, dan banyak sangat ; tak dapat dinukilkan di sini. Segala perubahan fizikal, mental dan emosi mula aku hadapi. Daripada pemalu, tak jadi pemalu sangat [mula belajar beraksi di atas pentas ceh]. Daripada pendiam, aku mula hilangkan sedikit 'diam' itu [aku tak tau nak bagi contoh peristiwa apa haha]. Daripada penakut, aku mula beranikan diri sendiri, sedikit demi sedikit. Daripada tak tahu apa-apa, jadi seorang yang tahu apa-apa. And everyone knows, masa zaman ni lah kita mula tertarik kepada someone, right ? :') 


Same goes to me. Aku hadapinya. Ada orang kata, itu hanya cinta monyet. Ada jugak sesetengah orang, hubungan itu 'kekal' hingga ke jinjang pelamin. Bagi kawan-kawan aku, ada yang tak tahu, ada yang tahu. Entahlah, aku malas nak hebohkan sapa empunya tuan diri itu yang berjaya mencuri hatiku uwekkk, muntah baca ayat sendiri hahaha. Bagi aku, kalau ada jodoh, adalah tu. Kalau tak da, tak da lah. Senyap-senyap sudah. Hanya mampu tembak dia dengan doa. :) Itulah senjata paling agung, senjata paling berkuasa untuk umat-Nya. 


Sebelum aku akhiri luahan ni [penat dooo nak menaip haha], just nak bagitau, malam ni ada bulan purnama. Dari kecil lagi aku memang sangat sukakan bulan purnama. Alhamdulillah, tak ku sangka bulan purnama adalah hadiah untuk birthday aku. Tak tahu nak cakap ini kebetulan atau takdir ceh. Cahayanya yang menerangi seluruh malam gelita. Umpama ingin memberitahu yang Dia masih sudi menyinarkan cahaya ke dalam hati kita walaupun hati penuh dengan noda hitam. :( 


Dan terimalah ucapan terima kasihku ini kerana sudi membaca sampai ke sini hahaks. Mesti bosankan, entah apalah si birthday girl ni duk pot pet pot pet. Di sini, aku nak ucapkan terima kasih kepada yang mengingati tarikh lahir diri ini [if korang baca entri ni]. Aku hargai sangat. Saranghae ! <3


Dengan berakhirnya luahan ini, aku tahu yang aku dah nak cukup umur. Happy ada, sedih pun ada. Entah lah ~


-Assalamualaikum and good night- 

Rabu, 1 Februari 2017

Cara Nak Buat Pelbagai Bentuk Font Kat Whatsapp

Assalamualaikum everyone ! 


Setelah beberapa hari yang lepas sis dah 'janji' untuk post segala that title , maka hari ni sis nak update pasal cara nak buat pelbagai bentuk font kat whatsapp. Eh eh apasal hari ni nak ber'sis' 'sis' pulak haha ! Ok², cakap aku kau je lah, mudah sikit, lagipun rasa 'mesra' kan? 😆 Tapi aku minta maaf sebab title ni tak de dalam banyak-banyak title yang aku post kan hari tu. Ikut aku lah, blog aku hahaha. 😎 
*Sabar-sabar, nanti akan daku post kan jugak*


Aku tahu, mungkin majoriti masyarakat dah tahu pasal cara ni. But who care bebeh? Nampak mudah, tapi sebenarnya masih ada lagi yang tak tahu. Ye, ada lagi yang tak tahu. Orang tu adalah aku ! Terima kasih banyak-banyak kat ex-classmate aku sebab dialah yang ajar aku cara-cara nih. Bak kata idola aku, Kak Nurul Hassanah, it's better to late than never ! 


Ok , let we start ! Sebelum nak bagitau cara dia, cara ni HANYA MENJADI untuk whatsapp yang dah diupdate okeh. So make sure update dulu. Then boleh lah buat font-font cantik ni. Untuk yang latest (2016), ada 3 jenis font yang boleh dibuat. 


1) TEBAL
Font di mana dia akan jadi tebal & hitam macam kat atas nih. Sesuai sangat digunakan kalau korang nak pembaca memberi tumpuan lebih kepada sesetengah ayat/perkataan yang penting. Korang just buat macam ni je, 
*tebal*
Make sure TAKDE JARAK !
Korang just tambahkan 'bintang' kat depan & belakang perkataan/ayat je ok? 
Next ! 


2) Garisan potong
Nape jadi lagi nih ?? Haha dah ok ! Yang ni pulak font yang ada garisan lurus kat tengah-tengah huruf/perkataan/ayat. Font yang jenis ni sesuai sangat kalau korang nak tulis sesuatu perkataan/ayat yang tak terlalu terserlah. Dalam erti kata lain, korang nak batalkan ayat tu but at the same time korang nak pembaca tahu ayat tu. Faham-faham sendiri lah ye nak. Kata dah besar tapi tak reti-reti nak faham tu dah kenapa? 😏 Hahaha , cara dia macam ni, 
~garisan potong~ 
Make sure TAK DE JARAK ! 
Korang just tambahkan yang garisan beralun kat depan & belakang perkataan/ayat ok? 


3) Font condong
Eh eh korang jangan keliru ye. Tulisan kat dalam blog ni memang dah condong. Tak sama kat whatsapp. Kalau kat whatsapp kan font dia just biasa-biasa. So kalau korang nak aura lain dari yang lain, korang boleh gunakan font condong ni. Font jenis ni jugak boleh digunakan semasa korang tengah jiwang-jiwang, contohnya kot-kot korang nak tulis puisi ke, sajak or pantun. Haaa memang sesuai sangat korang guna font ni. Cara dia, just taip 
_tulisan condong_
Make sure TAK DE JARAK ! 
Yang ni pulak korang kena letakkan 'underscore' kat depan & belakang perkataan/ayat. Ok? 


Ok, pengakuan jujur. Aku sendiri pun baru tahu pasal ni HAHAHA ! It's ok babe, yang penting kau faham & amalkan ecececeh. Setiap font ni sangat penting lagi-lagi kalau korang nak promote produk korang. Ingat, kekemasan ayat sangat mempengaruhi emosi prospek korang semasa diorang tengah baca ayat marketing. So good luck to all of you guys ! Semoga dapat sesuatu dalam entri ni.


-Assalamualaikum-
Cute Blue Flying ButterflyCute Blue Flying Butterfly